Wednesday, July 16, 2008

LAPORAN AKTIVITI UJIAN VIGIL KELANA SMK TELUPID PADA 21 APRIL 2008


Pada 28 March 2008 unit beruniform pengakap SMK Telupid telah mengadakan satu aktiviti iaitu ujian vigil khusus untuk pengakap kelana. Aktiviti tersebut diadakan di dewan besar sekolah serta bilik makmal ICT bermula pukul 8.00pm. Aktiviti ini bertujuan MEMBOLEHKAN BAKAL KELANA MENGUJI DIRI SENDIRI DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL, KEKUATAN, KELEMAHAN DAN KESANGGUPAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB, MENENTUKAN HALATUJU KREW TERBABIT DAN KESESUAIAN KELANA DI DALAM KREW TERSEBUT, dan banyak lagi.
Aktiviti yang julung-julung kali ini dikendalikan oleh skipe daripada Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) bahagian Sabah. Aktiviti ini disertai oleh 26 orang pengakap kelana serta 2 orang guru penasihat bagi unit beruniform ini.
Para peserta yang terlibat diminta berkumpul di pondok KTBM sekolah tepat pukul 4 pm untuk menyambut kedatangan rombongan skipe tersebut. Walau bagaimanapun rombongan tersebut tidak dapat dating tepat pada waktunya kerana kereta yang mereka naiki rosak dan mereka terkandas di pecan Ranau selama beberapa jam sementara menunggu menunggu kereta tersebut siap dibaiki. Kami diarahkan kembali ke tempat penginapan untuk mempersiapkan diri sementara menunggu ketibaan rombongan tersebut.
Tepat pukul 7.00 pm semua peserta diminta berkumpul semula. Lebih kurang pukul 8.00 pm selepas ketibaan rombongan skipe aktiviti pertama pun dimulakan. Aktiviti ini dilakukan di makmal ICT sekolah. Sambutan para peserta amat menggalakan.
Sesi pertama ini dikendalikan oleh skipe ???. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan pengakap. Beliau turut menjelaskan bahawa unti beruniform pengakap sebenarnya dapat membantu kita menjadi orang yang berguna apabila kita benar-benar mengikuti semua peraturan dan undang-undang pengakap yang telah ditetapkan dalam pengakap.
Selepas sesi ini, para peserta dirah untuk ke dewan besar sekolah dan diminta membentuk satu bulatan. Pada masa itu para peserta disoal mengenai persetian den undang-undang pengakap. Oleh kerana tidak mengetahuinya, ke hadapan seorang dei seorang untuk membaca persetian pengakap.
Sejurus selepas itu, ujian vigil pun dijalankan. Setip peserta diminta menjawab dan memberikan pendapat tentang soalan-soalan yang disoal. Semasa aktiviti ini para peserta berpeluang mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada dalam diri masing-masing. Aktiviti ini turut membantu kami mengenal rakan-rakan kami dengan lebih dekat lagi disamping dapat berkongsi pengalaman.
Sesi seterusnya memberikan penekanan tentang kesedaran diri melalui aktiviti malam penghayatan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak berjaya mencapai sasarannya kerana kebanyakan peserta tertidur. Namun demikian, para peserta akhirnya dapat menempuhi semua ujian ini dengan jayahnya.
Melalui aktiviti ini, banyak perubahan positif telah berlaku dalam diri setiap peserta. Contohnya, jika dahulunya mereka seorang yang pemalu, kini mereka telah menjadi lebih berani kerana mereka tahu sifat seperti ini hanya merugikan diri sendiri. Para peserta juga lebih berkayakinanuntuk menjalankan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Cara berfikir terhadap diri sendiri dan orang lain turut berubah.
Daripada aktiviti yang dijalankan, saya sebahai wakil pengakap kelana ingin mencadangkan agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan untuk Pengakap Muda dan Remaja. Perkara ini penting kerana konsep aktiviti ini mementingkan tentang kesedaran dan motivasi dalam diri. Kedua, saya berpendapat bahawa unit beruniform ini boleh mengadakan aktiviti sosial seperti kempen menderma darah. Ketiga, saya berharap agar unit beruniform ini dapat bertukar-tukar idea dengan unit beruniform lain di sekolah ini. Semoga dengan pengalaman ini banyak kemahiran dan pengetahuan diperolehi. Contohnya, kemairan bantuan kecemasan dan pertolongan cemas.
Pada keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan Berjaya mencapai matlamatnya walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhir sekali, unti beruniform pengakap mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat dan ahli-ahli yang terlibat sepenuhnya. Semoga unti beruniform ini akan terus maju ban mencapai kejayaan yang lebih cemerling pada masa akan dating.


Laporan disediakan oleh,
EVENNEY SIKIN
Setiausaha,
Kursus Vigil,
Pengakap Kelana,
SMK TELUPID.

No comments: