Wednesday, July 16, 2008

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN INDUKSI MANIKAYU DAN MODULE A PENGAKAP SMK TELUPID PADA 13-14

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN INDUKSI MANIKAYU DAN MODUL A PENGAKAP SMK TELUPID



Pada 13-14 jun 2008 Kursus Kepimpinan Induksi Manikayu dan Module A telah diadakan di SMK Telupid bertempat di makmal ICT. Kursus ini adalah salah satu syarat kepada seorang pengakap untuk menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan. Penyertaan ini adalah terbuka kepada ahli pengakapTelupid dan guru-guru pengakap serta pengakap kelana Karamunting. Peserta keseluruhan bagi kursus ini adalah lebih kurang 100 orang. Penceramah bagi kursus ini adalah seramai 6 orang skipper.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
Pengerusi/Penyelaras : En. Rukimin Sulit
Telaksana : En. Daniel Tan
Setiausaha ; Helena Kolurren
AJK : 1.Urusetia pendaftaran : Cik. Nancy
: Percilla
2. Makanan : En. Faizal Zainab
: Evenney Sikin
: Lauris Kimjin
3. ICT : Julyta Ak Madan
: Adrina Adaline Sapan
:
4. Keselamatan : Masran Kudak
: Azlan Marcellus

13/ Jun/2008
01:15pm – 02:00pm – Ketibaan para penceramah dan peserta pengakap Kelana
Karamunting.
02:00pm – 02:30pm - Pendaftaran para peserta [pelajar dan guru]
02:30pm - 04:30pm – KURSUS KEPIMPINAN INDUKSI MANIKAYU
- Sidang Pertama (Pn Hanita)
- Pengenalan kepada pengakap
- Asas-asas Pengakap
- Prinsip
- Matlamat pengakap
04:30pm-05:00pm - Minum petang dan rehat
05:00pm-10:00pm - Sidang kedua (Pn Hanita)
- Tujuan berpengakap
- Prinsip-prinsip pergerakan pengakap
- Undang-undang pengakap
- Dasar keagamaan
- Kewarganegaraan
- Cara-cara berpengakap
- Sidang Ketiga ( Pn Siti Norfaizah dan En Daniel Tan)
- Sejarah Pengakap dan perkembangan pengakap
- Sejarah pengakap di Malaysia
- Jambori-jambori Malaysia
- Sidang Keempat
- Peranan seorang pengakap dan peranan seorang pemimpin
- Fahaman tujuan berpengakap
- Tujuan-tujuan berpengakap
- Fahami tugas-tugas seorang pengakap
- Sebab-sebab kemerosotan kepimpinan
- Cadangan yang boleh membantu
10:00pm-10:30pm – Minum malam 10:30pm-12:00pm - Sidang Kelima (En Shariff Mohd Bin Habib Ahmad)
- Bahagian Latihan Dan Sejarah Latihan
- Sejarah latihan kepimpinan
- Sidang Keenam (En Shariff Mohd Bin Habib Ahmad)
- Program (Perancangan program)
- Sidang Ketujuh (En Barmuli)
- Penubuhan dan pentadbiran Organisasi persekutuan pengakap Malaysia (Negeri,daerah dan kumpulan)
- Sidang Kesembilan (En Barmuli)
- Pakaian seragam pengakapmengikut Akta parlimen tahun 1986 pindaan (seksyen 8) yang bertajuk PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA (PKK,PM,PR,PK,PEMIMPIN)-Perempuan dan lelaki.
12:00pm-06:30am- Rehat

14/Jun/2008
06:30am-08:00am – Senaman pagi
08:am-12:00am – KURSUS KEPIMPINAN MODULE A
- Sidang Pertama (En Barmuli)
- Dasar kepimpinan dan tujuan berpengakap
- Sidang Kedua (En Shariff Mohd Bin Habib Ahmad)
- Skim dan anugerah latihan kepimpinan manikayu
- Sidang Ketiga (En Jaffar)
- Kemahiran-kemahiran dalam kepimpinan
- Takrif kepimpinan
- Tujuan kepimpinan
- Sidang Keempat (En Daniel Tan)
- Perhubungan atau komunikasi dengan baik
12:00am-12:30pm – Makan tengah hari dan rehat 12:30pm-02:30pm - Sidang Kelima (En Shariff Mohd Bin Habib Ahmad)
- Skim pengakap mangikut unit
- Sidang Keenam (Pn Hanita)
- Kemajuan dan latihan diri
- Sidang ketujuh (Pn Siti Norfaizah)
- Pengakap dan komuniti
- Sidang Kelapan
- Pengurusan unit (mengurus rekod dan kewangan)
02:30pm-03:00am – Majlis perasmian penutupan
- Adar istiadat ladam kuda
- Kursus selesai
- Setiap rombongan berarak pulang

Kursus Kepimpinan Induksi Manikayu dan Module A ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancangkan. Diharapkan kursus seumpama ini dapat dijalankan lagi bagi meneruskan syarat yang telah ditetapkan untuk melahirkan pimimpin dikalangan ahli pengakap.
Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh,
Helena Kolurren
S/U Persatuan Pengakap SMK Telupid.

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN KEM KEMAHIRAN PENGAKAP PERINGKAT GABUNGAN SANDAKAN

LAPORAN AKTIVITI PERKEMAHAN KEM KEMAHIRAN PENGAKAP PERINGKAT GABUNGAN SANDAKAN


Bersamaan dengan 1-5 jun 2008, aktiviti perkemahan kem kemahiran pengakap telah diadakan bagi peringkat gabungan Sandakan. Perkemahan kem kemahiran ini telah dijalankan di Scout Nature Park Sandakan. Perkemahan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam dan disertai kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada pengakap muda dan pengakap remaja. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh tersebut.

01.Jun.2008

10.00am- Rombongan dari zon Telupid bertolak dari SMK Telupid.
1.00pm_2.00pm- Ketibaan rombongan zon Telupid.
2.00pm_4.30pm- Peserta mendirikan khemah dan gejek.
4.30pm-5.40pm- Ice breaking telah dijalankan oleh pengakap kelana.
Aktiviti:
1. Peserta diminta membuat biodata diri
2. Peserta dihiburkan dengan pelbagai jenis permainan yang dapat mengeratkan hubungan mereka
- permainan mengikut kategori
- melengkapkan nilai wang
- pasangan ideal
3. Pembahagian patrol
5.40pm_7.30pm- Para peserta membuat persiapan diri
7.30pm_9.00pm- Ice breaking
- permainan ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ diadakan untuk
melepaskan semangat assabiah
9.00pm_9.30pm- makan malam
9.30pm_5.30am- Rehat



02.Jun.2008

5.30am_6.30am- Persiapan diri oleh peserta
- Patrol 2 mengambil tugas untuk menyediakan sarapan
6.30am_7.00am- sarapan pagi
7.00am_8.00am- Ladam kuda telah diadakan untuk rombongan dari zon Telupid
sahaja
- mendengar taklimat dari setiap pemimpin
8.00am_9.30am- Ketibaan peserta dari sekolah lain di tapak perkemahan
- Pendaftaran peserta
9.30am_11.00am- ladam kuda ( untuk semua peserta yang terlibat )
- Upacara rasmi menaikkan bendera
11.00am_2.00Pm- Makan tengah hari dan rehat
2.00pm_4.30pm- Pembahagian patrol
- Peserta masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat
4.30pm_4.45pm- Patrol 2 menurunkan bendera
4.45pm_7.30pm- Peserta dari sekolah lain diberikan masa untuk mendirikan khemah
dan gejek.
- Persiapan diri oleh semua peserta
- Penyediaan makan malam oleh patrol 2 dan dibantu oleh pengakap
kelana
- makan malam
7.30pm_9.30pm- Taklimat
- pengenalan tentang pengakap
9.30pm_5.30pm- Rehat




03.Jun.2008

5.30am_6.30am- peserta membuat persiapan diri
- menyediakan sarapan pagi ( patrol 3)
6.30am_7.00am- sarapan pagi
7.00am_8.00am- ladam kuda
8.00am_12.30pm- pemeriksaan khemah setiap peserta
- peserta belajar dan diuji dengan simpulan tali
12.30pm_2.00pm- makan tengah hari dan rehat
2.00pm_5.30pm- peserta diberi masa menyelesaikan kreativiti mereka menghasilkan
hasil kerja yang sempurna.
- latihan kawad tongkat mengikut patrol
- aktiviti ‘Baling Tali’
5.30pm_7.30pm- persiapan diri oleh peserta
- penyediaan makanan oleh patrol 3 dan dibantu oleh kelana
7.30pm_8.00pm- makan malam
8.00pm_11.30pm- ceramah/motivasi diri oleh En.Pandir Lodeh
- memberi kesedaran kepada para peserta
11.30pm_12.00pm- minum malam
12.00pm_5.30pm- rehat



04.Jun.2008

5.30am_6.30am- persiapan diri oleh para peserta
- patrol 4 menyediakan sarapan pagi
6.30am_7.00am- sarapan pagi
7.00am_8.30am- ladam kuda
8.30am_10.30am- aktiviti lasak dijalankan(high king)
- kompas dan pengagaan
10.30am_11.00am- rehat
11.00am_2.00pm- aktiviti menanam pokok kelapa
2.00pm_2.30pm- makan tengah hari dan rehat
2.30pm_5.30pm- pembelajaran simpulan tali
- pertandingan kawad tongkat
- kembara
5.30pm_7.30pm- para peserta membuat persiapan diri
- patrol 4 menyediakan makan malam
7.30pm_8.00pm- makan malam
8.00pm_11.pm- malam kebudayaan
- semua patrol wajib membuat persembahan
11.00pm_5.30am- rehat



05.Jun.2008

5.30am_6.30am- peserta membuat persiapan diri
- patrol 1 menyediakan sarapan
6.30am_7.00am- sarapan pagi
7.00am_8.30am- ladam kuda
8.30am_9.30am- simpulan tali masih dijalankan
9.30am_10.00am- gotong-royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan
10.00am_11.30am- penyampaian hadiah
- penyerahan sijil kepada guru pengiring untuk peserta
11.30am_1.00pm- setiap kontinjen berkemas dan bersedia untuk bertolak pulang
1.00pm_1.30pm- sesi bergambar
1.30pm_2.00pm- rombongan dari zon Telupid bertolak pulang


Secara kesimpulannya, kem kemahiran pengakap 2008 telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Diharapkan kem-kem kemahiran seperti ini dapat dijalankan lagi. Ini kerana kem seumpama ini sangat membantu para peserta dalam pelbagai aspek seperti aspek kepimpinan,atitud dan sebagainya.

Sekian ,Terima Kasih

Laporan disediakan oleh,
HELENA KOLURREN
PENOLONG SETIAUSAHA
KEM KEMAHIRAN 2008

LAPORAN AKTIVITI UJIAN VIGIL KELANA SMK TELUPID PADA 21 APRIL 2008


Pada 28 March 2008 unit beruniform pengakap SMK Telupid telah mengadakan satu aktiviti iaitu ujian vigil khusus untuk pengakap kelana. Aktiviti tersebut diadakan di dewan besar sekolah serta bilik makmal ICT bermula pukul 8.00pm. Aktiviti ini bertujuan MEMBOLEHKAN BAKAL KELANA MENGUJI DIRI SENDIRI DARI SEGI FIZIKAL, MENTAL, KEKUATAN, KELEMAHAN DAN KESANGGUPAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB, MENENTUKAN HALATUJU KREW TERBABIT DAN KESESUAIAN KELANA DI DALAM KREW TERSEBUT, dan banyak lagi.
Aktiviti yang julung-julung kali ini dikendalikan oleh skipe daripada Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) bahagian Sabah. Aktiviti ini disertai oleh 26 orang pengakap kelana serta 2 orang guru penasihat bagi unit beruniform ini.
Para peserta yang terlibat diminta berkumpul di pondok KTBM sekolah tepat pukul 4 pm untuk menyambut kedatangan rombongan skipe tersebut. Walau bagaimanapun rombongan tersebut tidak dapat dating tepat pada waktunya kerana kereta yang mereka naiki rosak dan mereka terkandas di pecan Ranau selama beberapa jam sementara menunggu menunggu kereta tersebut siap dibaiki. Kami diarahkan kembali ke tempat penginapan untuk mempersiapkan diri sementara menunggu ketibaan rombongan tersebut.
Tepat pukul 7.00 pm semua peserta diminta berkumpul semula. Lebih kurang pukul 8.00 pm selepas ketibaan rombongan skipe aktiviti pertama pun dimulakan. Aktiviti ini dilakukan di makmal ICT sekolah. Sambutan para peserta amat menggalakan.
Sesi pertama ini dikendalikan oleh skipe ???. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan pengakap. Beliau turut menjelaskan bahawa unti beruniform pengakap sebenarnya dapat membantu kita menjadi orang yang berguna apabila kita benar-benar mengikuti semua peraturan dan undang-undang pengakap yang telah ditetapkan dalam pengakap.
Selepas sesi ini, para peserta dirah untuk ke dewan besar sekolah dan diminta membentuk satu bulatan. Pada masa itu para peserta disoal mengenai persetian den undang-undang pengakap. Oleh kerana tidak mengetahuinya, ke hadapan seorang dei seorang untuk membaca persetian pengakap.
Sejurus selepas itu, ujian vigil pun dijalankan. Setip peserta diminta menjawab dan memberikan pendapat tentang soalan-soalan yang disoal. Semasa aktiviti ini para peserta berpeluang mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada dalam diri masing-masing. Aktiviti ini turut membantu kami mengenal rakan-rakan kami dengan lebih dekat lagi disamping dapat berkongsi pengalaman.
Sesi seterusnya memberikan penekanan tentang kesedaran diri melalui aktiviti malam penghayatan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak berjaya mencapai sasarannya kerana kebanyakan peserta tertidur. Namun demikian, para peserta akhirnya dapat menempuhi semua ujian ini dengan jayahnya.
Melalui aktiviti ini, banyak perubahan positif telah berlaku dalam diri setiap peserta. Contohnya, jika dahulunya mereka seorang yang pemalu, kini mereka telah menjadi lebih berani kerana mereka tahu sifat seperti ini hanya merugikan diri sendiri. Para peserta juga lebih berkayakinanuntuk menjalankan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Cara berfikir terhadap diri sendiri dan orang lain turut berubah.
Daripada aktiviti yang dijalankan, saya sebahai wakil pengakap kelana ingin mencadangkan agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan untuk Pengakap Muda dan Remaja. Perkara ini penting kerana konsep aktiviti ini mementingkan tentang kesedaran dan motivasi dalam diri. Kedua, saya berpendapat bahawa unit beruniform ini boleh mengadakan aktiviti sosial seperti kempen menderma darah. Ketiga, saya berharap agar unit beruniform ini dapat bertukar-tukar idea dengan unit beruniform lain di sekolah ini. Semoga dengan pengalaman ini banyak kemahiran dan pengetahuan diperolehi. Contohnya, kemairan bantuan kecemasan dan pertolongan cemas.
Pada keseluruhannya, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan Berjaya mencapai matlamatnya walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Akhir sekali, unti beruniform pengakap mengucapkan terima kasih kepada guru penasihat dan ahli-ahli yang terlibat sepenuhnya. Semoga unti beruniform ini akan terus maju ban mencapai kejayaan yang lebih cemerling pada masa akan dating.


Laporan disediakan oleh,
EVENNEY SIKIN
Setiausaha,
Kursus Vigil,
Pengakap Kelana,
SMK TELUPID.